
menjelang hari raya aidil adha, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambutnya kepada semua umat islam diseluruh dunia..kuatkan iltizam untuk terus beriman kepadaNya yang maha Esa...
allahuakabar ..allahhuakbar...allahuakbar..
dulu selalunya time macam ni selalu layan keretapi nak balik ke kampung, dari seremban transit ke gemas dan turun ke mentakab..biasanya jam 4 pagi baru sampai..sindrom bergoyang @ beratib terbawa-bawa semasa bertakbir di masjid jengka-15...nak buek macamana...nak pakai kereta pun tak berapa mampu,gaji ciput dan down payment pun hampir 5k,mana nak cari...!
tetapi hari ini zaman dah berubah, last sekali naik komuter ke kuala lumpur ,itupun malas nak melilau mencari mahkamah syariah persekutuan..jalan kaki jer,mudah dan senang...
tahun ni nampaknya beraya difelda serting hilir 5 jer..tunggu adik beradik datang, tunggu anak-anak balik..ini kerana raya malam raya ketiga ingat nak buat majlis bacaan yassin dan doa selamat untuk aruah emak ayah dan mengambil peluang sempena majlis pertunangan anak kedua..dah tue lah nampaknya saya..tapi jiwa rasa muda heh..heh...
kalau setakat nak ngorat tu bila-bila masa jer ( dengan angkuhnyer) tapi takut orang pulak tak hendak..( insaf sikit...)
tetapi setiap orang akan melalui perkara ni...
saya dah call pak ndak non kat mindef ajak mai raikan bersama, pak cik meh kat penang pun saya dah habaq,pak daud jiran sebelah kat jengka pun saya dah pi ajak
mak cik azean kat sentul pun saya dah call..
semoga Allah permudahkan dan menggerakkan hati depa mai kat sini..bukan senang nak berkumpul macam nih..
ingat nak jamu depa masakan ikan patin masak tempoyak( pahang maree) dengan ayam masak lemak cili api( negeri) biar terangkat sikit..
tetapi malaysia tanahair ku kira bertuah lah nak kesana sini tak lah sepayah pic kat atas..jom layannn balik kampung...
Monday, November 23, 2009
jom balik kampung..
Posted by Desa Abu Hassan at 5:20 PM 0 comments
Sunday, November 22, 2009
getah tua..?

petang tadi bersama rakan taulan pergi ke kebun getah dengan hasrat murni mencari kayu getah sebagai bahan bakar utama untuk acara masak-memasak kenduri,biasalah musim cuti sekolah dan bulan duabelas..kan musim orang kawen-kawen..saya pun tumpang duabelah kaki untuk kenduri kecil kat rumah...
alaa.pasal kebun getah pun nak dijadikan cerita..elehh saya yaqin tak ramai yang pergi ke-kebun getah ni, tambahan musim hujan pagi,hujan malam,hujan petang...
tambahan anak peneroka yang gah pendidikannya, dok biasa pegang pen dan kertas, saya berani jamin takkan adonyo...!
saya perhatikan pokok yang seusia suku abad,yang menanti untuk ditumbangkan menjelang 2012 ( macam cerita filem pulak dah...) pokok yang menggerutu( makan kulit) dan sistem torehan menolak @ sodak pakai benang dan getah tersebut mengalir ikut benang tersebut...
bagi saya ini pengalaman baru kerana seumur hidup saya memang tak pernah menoreh kerana saya adalah peneroka genre sawit..!
selepas pokok getah mati ditebang, maka kami pun beratur seperti mentara kenduri,passing satu demi satu hingga penuh lori 3 tan...banyak wooo 5 pokok getah kering ditumbangkan dan seramai 8 orang diperlukan bagi menjayakan missi mencabar tersebut...!
ni pun nak cerita...? saya yaqin kalau setakat dok kolompo main katering mesti tak merasa benda ni...kalau setakat datang ikut jemputan mesti tak merasa 'aventure" nih... apatahlagi naik lori sarat dengan kayu dengan jalan kebun...!
maaflah nampak macam "memperkecilkan" rakan-rakan blogers pulak, aventure mereka mungkin lebih hebat dari cerita yang kecil ini...!
moralnya jangan lupa dari mana asal kita, bila dah selesa kita terlupa tentang cerita dibelakang tabir....cerita bagaimana emak ayah kita membesarkan kita dengan menoreh dan kekebun..tentang bagaimana dia memastikan kita sentiasa dapat apa yang kita minta, kita terlupa selepas kawen selepas sibuk bekerja sampai lupa menjenguk dan bertanya kabar...dan ada yang berasa malu bila memperkenalkan emak ayah kita yang dimamah usia...! tunggu .....
kita pun akan begitu juga..seperti pokok getah tua...!
ingat lah tuhan bayar cash...!
Posted by Desa Abu Hassan at 6:31 AM 0 comments
Wednesday, November 18, 2009
tak gitu..maknyer.........

bila ditanya abang orang mana, saya keliru untuk menjelaskannya..kang dijawab orang negeri, cakap negeri ..alamak loghatnya lari , peaching kelaut...!
' ekau takyah cakap negori lah desa, goli den mendongarnye" tingkah seorang rakan pada satu petang..
nak dicakap orang penang,boleh juga masih ramai kerabat kat sana,pak cik meh ,kak reah,pak ngah mat burung ,pak long ali dan sepupu sepapat kat sg tok tuntung,sg bakap, sg duri, sg setar,tg berembang...
tetapi rasa bersalah pulak dengan pahang, tempat menjalani kehidupan remaja setelah emak dah ayah berhijrah ke felda jengka-15 pahang. dan rasa bersalah pula kerana isteri tersayang memang orang pahang asli, kg chenuar,sega dan berhijrah ke felda sg koyan-1.
jadi bila berada dirumah mertua, slangga pahang ni macam dah famous lah,apalagi bila bertandang ke jeram besu, chenuar,benta, temerloh ,jerantut dan ke lipis...
oh ya..loghat saya dah macam carca merba dan saya lebih selesa dengan slangga penang-perak utara..
negeri , adalah tempat saya mencari rezeki dan tertakluk kepada budaya dan adab resam..jadi kepada setiap soalan ditanya kepada saya, maka inilah jawabnya agak panjangkan...!
hah..rasanya itulah terjadi kepada warga felda yang datang dari setiap pelusuk negara, kalau tidak kerana aruah bapa saya menolak tawaran awal felda dahulu mungkin sekarang saya akan berada di felda gugusan sahabat...naik belon lah saya...!
itulah ketentuan ilahi....jadi semasa menghabiskan masa menggogle terjumpa lagu pahang ..sedap juga alunannya.." mak we koi"
bertandang ke sg koyan majlis akad-nikah al-anisah ,teringat juga masa dulu , masa baru menjejaki alam berumah tangga...dah 25 tahun..dah jubli perak..anak-anak pun dah besar... walaupun majlisnya tak se"grand" adik-adik tapi bahagianya membawa ke hari ini..sebenarnya kehidupan berkeluarga kena banyak bersabar,bertolak ansur dan kena memahami..dan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. doa dari emak dan ayah amat perlu mengiringi kehidupan kita..
saya sentiasa mengharapkan kehidupan keluarga adik-adik bahagia selamanya..sehingga keakhir hayat...
" kok kocik jangan dibosarkan,kok pendek jangan didepakan, yang jauh kito dokekkan,yang dokek kita mesra-mesrakan...kalau ada jarum yang patah jangan disimpan didalam hati..kok kalau ada silap dan salah jangan disimpan kek hati..."
biasalah kehidupan ini..kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai..kalau takut habih duit dok kat rumah jangan dok pi kedai dan shoping kompleks...tak gitu mak nyer....
pic-akad nikah kat masjid sg koyan
Posted by Desa Abu Hassan at 7:56 AM 0 comments
Tuesday, November 17, 2009
moh ke serting

2- 3 hari ini sengaja saya membiarkan blog ini seadanya..barangkali kesibukan dan kealpaan memerangkap diri..barangkali ada yang lebih baik daripada itu..menyiapkan persiapan minit, urusan -urusan sampingan " berkampung" untuk walimatus-urus anak rakan, melayan winning -eleven yang mencabar..muktakhir ..tak pernah menang..ha..ha..
majlis "akad nikah ' al- anisah ngan mezah dah berjaya ..harap-harap bahagia sehingga keakhir hayat..dah berakhir episod balik sg koyan, jalan yang berombak ,berlopak,menggerutu kerana didalam pembinaan..barangkali ada kena mengena dengan akan siapnya jalan ke cameron menjelang mac 2009.
berbual dengan angah PD pasal bola, pasal penyokong negeri- kelantan...pasal bakar kerusi..saya mempunyai pendapat sendiri.." kalau penyokong negeri lebih ramai dari kelantan seperti final tersebut rasanya ,penyokong kelantan pun tak lah seberani begitu..menghalang laluan, membelasah..melahirkan rasa tak puas hati..tetapi keadaan disebaliknya, sama-sama makan nasi, angah.."
yang peliknya mana penyokong negeri...?
kali ini saya sengaja promote felda saya kerana pic ini agak exclusive , belum ada mana-mana media cetak, media elektronik yang menyiarkannya...ha..ha.. kenapa..?
itulah pasal kerana ianya baru 3 hari siap...!
horasss...! sawadikkap...! moh ke serting hilir 05....
Posted by Desa Abu Hassan at 7:18 PM 0 comments
Thursday, November 12, 2009
penampal

saya fikir idea tengah ada..belasah jerlah, dulu masa kecik-kecik banyak sangat lah idea mencurah-curah rasa macam nak filemkan sahaja sketsa tentang perjalanan hidup ini...
" elehh..ada ka orang nak tengok,nak baca tentang cerita ,tentang suka duka abah "anak saya berkata kepada saya..
memang benar pun..seramai-ramai peneroka @ penduduk kat serting hilir tak sampai 1 % yang memiliki kemudahan streamix @ broadband atau ape-apelah..bagi mereka istilah ini advance sesangat..kalau setakat spoket motor, batang pancing,memikat burung,injin sangkut ..memang terbilanglah hebatnya...
kalau adapun pegawai-pegawai @ kakitangan kerajaan ( yang memiliki kemudahan berfacebook dan mengoogle ) dan kalangan remaja yang digoda dengan cyber cafe serta friendsternye....dan ramai juga dikalangan mereka mengamekan kemudahan yang ada...!
saya pernah menceritakan kepada seorang rakan tentang kebaikan ict ini..." bestlah engkau dapat tengok cerita yang bukan-bukan lah engkau...?"
" apa yang kita ada kat dunia ini jika kita salahgunakan ianya akan menjadi berlawanan, sebagai contoh : dadah..jika kita salah gunakan ianya akan menjadi bahan larangan..senjata api, jika kita salahgunakan dari membunuh haiwan pemusnah tanaman kepada memburu ayam hutan atau menembak secara rambang..tentu ianya akan menimbulkan masalah..jadi terletak kepada matlamat sebenar...ehh...ada lagi satu, gam penampal tayar jika disalah guna maka wujudlah penghidu gam yang tegar...!" itulah hujah saya
bagi mereka dunia maya ini tidak memberi keuntungan waima faedahnya pun...
alamak..tak sempat nak habiskan..nak bermain pingpong plak...
pic- anak buah , agak nakal..."kecoooh"tmn rinching branang,selangor.
Posted by Desa Abu Hassan at 1:00 AM 0 comments
Wednesday, November 11, 2009
kutu

pernah dengar "kut" atau "kutu" atau yang lebih famous "undi"atau " pakat".... mungkin ditempat anda ada istilah lain yang makin hebat didengar.
izinkan saya bercerita kepada yang kurang jelas... semua istilah diatas adalah berkaitan sejumlah wang atau pinggan mangkuk,karpet atau barangan merga yang tak mampu dibeli sekiranya mengikut priority..
fokus saya ialah "sejumlah wang"saya mengambil peluang memaklumkan supaya kita sama-sama berhati-hati kerana ramai rakan saya dipasar malam-pasar tani yang terkena...
adalah seorang sipolan tu..saya lihat kemajuan ( diukur dari kenderaan),mula-mula tu pakai kereta buruk jer datang berniaga,lepas tu pakai van dan terbaru pakai lori ..alamak...hebat sekali...!
saya yang agak lama berniaga pun tak boleh jadi macam dia...last part saya tak ambil kisah pun,mungkin networkingnya meriah kut..
suatu hari saya menegur " hai abang sham ,lama tak berniaga lepas raya..cuti panjang ker.." dia menjawab " abang kena main lah duit undi dekat 5 k lesap,sipolan tu dah larilah..."
kak jah" akak dah serik nak jadi kepala lah, ni pun kena ganti dekat 5 ratus..." "kita jadi kepala pun bukannya dapat untung pun..tengah berniaga kena pergi kutip duit undi.."
Pss.." saya pun terkena seratus...."
jadi bila disamakan dengan kes-kes yang besar, kes-kes terpencil ni pun lebih kurang sama lah...kesimpulannya sebagai alternatif..simpan lah sendiri duit yang ada..belajarlah menahan nafsu membeli dan berbelanja..bukan kedekut hanya menangguhkan sementara jer...!
Kad kredit...? jangan berbelanja melebihi kemampuan....nayaa..masa depan kita cukup subjektif..!
saya teringat abang azuar jual jam,radio....pada satu hari datang seorang pelanggan menawarkan harga dari rm 50 kepada rm 40...dia jawab " boleh abang jual dengan harga tuu..tapi abang nasihatkan adik simpan hingga minggu depan baru ambil atau adik pinjam kat kawan sehingga cukup.." bila terfikir ada makna yang tersirat..
Posted by Desa Abu Hassan at 4:24 AM 0 comments
Monday, November 9, 2009
amanah..?

seketika berilusi...menjenguk dunia nyata yang amat mengelirukan,membingungkan..sebagai rakyat marhain situasi ini amat berkecamuk..!
pergolakan dalaman senario politik berbaur,berpolemik dan menggusarkan...
sebagai pemilih kuasa, sesekali teringat ungkapan "nasi goreng" dendangan p.ramlee dan m.zain..
penuh dengan satira...!
"kalaulah aku jadi teman mu,kain baju aku cuciii.."
"pilih lah aku jadi teman mu..masak-memasak serah pada kuu.."
"hei tukang masak aku tak sudi,tukang cuci menyakitkan hatii.."
jadi yang mana satu pilihan hati..?
aduhai jangan biarkan antara kami didalam dilema..
tetapi sesekali kita layan hadis dan firman Allah SWT ini..
sabda Rasulullah yang bermaksud: “Siapa yang mengangkat seseorang untuk satu jawatan yang berkaitan dengan urusan masyarakat sedangkan dia mengetahui ada yang lebih baik, maka sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah, Rasul, dan kaum Muslimin.” (Riwayat al-Hakim)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ”Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, maka semua enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Al-Ahzab: 72)
“Apabila amanah dipersia-siakan, maka tunggulah masa kehancuran. Ketika ditanya “bagaimana mensia-siakannya?” Nabi menjawab: Apabila jawatan pemimpin diserahkan kepada orang yang tidak layak.”
( copy dari islam hadhari )
Posted by Desa Abu Hassan at 8:07 AM 0 comments



http://www.nuffnang.com.my/